Saturday, November 21, 2009

^^9 Jenis pembaziran^^

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Friday, November 20, 2009

^^Persahabatan JEJAKA dengan WANITA.. suatu muhasabah^^

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Thursday, July 2, 2009

^^Selamat Hari Lahir Tok Wan Kasim^^

Salam hari lahir teristimewa untuk tok wan kasim....

2 Julai 2009 genaplah umur tok wan kasim 57 tahun... maka telah tiba masanya tok wan bersara...hihi.. lepas ni bolehla tok wan rehat banyak2 kan disamping mengusahakan kebun tok wan yang subur itu...

Di kesempatan ini... baba, mama, kakak nuha & adik hanif nak ucapkan :

"selamat hari lehir tok wan"
Moga tok wan sentiasa sihat & sentiasa dibawah lembayung rahmat yang Maha Esa...
Moga dengan rezeki yang ada tok wan dapat menunaikan haji dengan secepat mungkin...
Moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki yang halal...
Moga berjaya & bahagia di dunia & akhirat...

Memandangkan sekarang musim buah-buahan ... jadi bolehla meraikan birthday tok wan dengan menjamu selera buah-buahan tempatan hasil dari kebun tok wan ni kan...
Hari ini 3 Julai baba, mama, kakak nuha & adik hanif nak balik Naka jumpa tokwan, tok & lain2..
ok... jumpa di naka.. tata...

^^Birthday Baba, Kakak Nuha dan...^^

Salam hari lahir untuk Baba & kakak Nuha serta kaum keluarga yang telah dilahirkan pada bulan Jun...

Kalau bulan April disambut birthday mama & adik hanif serta ahli keluarga yang lain... tapi bulan Jun pulak telah menyaksikan sambutan hari lahir untuk Baba & kakak Nuha serta family yang lain...

Sebulan dah berlalu ulangtahun ini... tanggal 4 Jun 2004, kakak Nuha dilahirkan sebagai penyeri hidup mama & baba setelah sekian lama menanti kelahiran ini.. alhamdulillah kakak Nuha membesar dengan sihat, cerdik, & bijak.. insyaAllah akan sentiasa menjadi permata hati SOLEHAH untuk mama & baba,kakak kepada adik hanif, cucu tok & tokwan, anak menakan kpd mak2 & pak2 sedara, sepupu kpda sepupu sepapatnya serta sahabat kepada kenalan2nya...

* Kek yang disponsor oleh mama... shukran mama...
syedap.. yummy yummy..!!


Di kesempatan ini mama, baba & adik hanif serta seluruh keluarga ingin mengucapkan :

"Selamat Hari Lahir yang ke 5"
pada : 4 Jun 2009
untuk kakak Nuha tersayang...
Semoga kakak Nuha berjaya di dunia & akhirat..

Beberapa minggu kemudian.. tiba pula hari ulangtahun kelahiran baba tersayang...
Mama, kakak Nuha & adik Hanif serta sefamily ingin memdedikasikan ucapan ini khas untuk Baba Tersayang dunia akhirat...

"Selamat ulangtahun kelahiran Baba"
23 Jun 2009
Moga baba sentiasa sihat wala'fiat walepatliat walkunyah tak larat hehe..
Moga panjang umur & diberi kebaikan dalam kehidupan..
Moga dimurahkan rezeki baba yang halal...
Moga 30 juzuk al-quran sentiasa di dada & di ingatan baba...
Kami sayang baba....

* Sepupu sepapat yang tak sabar2 nak tgk kakak nuha potong kek...
"selamat hari jadi..selamat hari jadi..
selamat hari jadi kakak nuha..selamat hari jadi"


Juga tidak ketinggalan ucapan "Selamat Hari Lahir" ini ditujukan buat :

Mak Njang Ummai - 16 Jun 2009
Mak Teh Mah - 22 Jun 2009
Pak Cik Mat - 30 Jun 2009

Moga kalian semua akan dikurniakan kejayaan & kebahagiaan di dunia & akhirat..aminn..

Sekian dulu... terima kasih...

Saturday, June 27, 2009

^^Aksi si comel Hanif^^

Lama bebenor blog ni tak diusik... bz sungguh S/U kepada pemilik blog ni yer..hihi...

En3 "aksi si comel hanif" ni khas untuk mak tam di Egypt... mak ndak yang menulis ni.. bukan mama @ baba...
mama.. izinkan mak ndak letak aksi adik hanif ni ye ... hehe...TQ

Hanifff.....
Pantang tgk mama tak dak di sisi... huaaaa ghiaunya...
makin besar ni dah macam2 pandainya...
Pantang depan kamera .. maka akan tersenyum menunjukkan lesung pipitnya..hihi..
cute sangat!!
Sejibik macam mama & mak ndak suka bergambaq...

* alamak sedapnya roti ni...nak makannn!!..
eh2 tgk kamera mak ndak dulu..
* Hai mak tam... sihat ker??


* "assalamualaikum".... gaya pak lang fik!!!
* Syalam2...eee bucuknya tangan sapa ni...huhu


* haha... apa yang lucu sangat adik hanif gelak ni.. hehe
* Nak syalam lagi... mak tam tgk lesung pipit hanif ni...


* hihi... aksi haniff menunjuk lesung pipitnya lagi.. ni sbb mama ada depan mata tu yang boleh ghesing ghenyehnya..


* Amboi.. sukanya diaaaa!!!
Cutenyaaaa haniffff niii... geraaammmmnyaaa!!!


Monday, June 1, 2009

^^Doa Indah^^

Ya, Allah!

Sebagaimana Engkau memberikan kelembutan dalam keagunganMu

melebihi dari segala makhlukMu yang memiliki kelembutan,

Maha tinggi engkau dalam keagunganMu melebihi semua yang agung,

dan engkau Maha mengetahui segala yang ada dalamm bumiMu

sebagaimana Engkau mengetahui semua yang ada di atas ArasyMu,

dan sesungguhnya suara yang tersimpan dalam hati adalah jelas di sisiMu,

dan perkataan yang jelas umpama rahsia dalam pengetahuanMu…

Segala sesuatu telah tunduk di hadapan keagunganMu,

dan setiap yang memiliki kekuasaan akan tunduk di hadapan kekuasaanMu,

semua urusan dunia dan akhirat berada dalam genggamanMu,

berilah kepadaku jalan keluar serta penyelesaian dari setiap kemusykilan

yang aku hadapi pada setiap pagi dan petang…

Ya, Allah!

Aku mohon maafMu dari setiap dosa-dosaku, dan pengampunanMu dari semua kesalahanKu,

aku mohon kepadaMu untuk menutupi segala keburukan amalku dengan tabirMu,

jadikanlah aku orang yang sangat berharap dalam memohon kepadaMu

akan apa-apa yang aku tak layak untuknya kerana kekuranganku,

aku berdoa kepadaMu dan mengaminkan (memohon qabul),

dan aku meminta kepadaMu dengan penuh ketenangan (yakni akan diterima permintaan ini)...

Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang selalu berbuat ehsan kepadaku,

sedangkan aku sentiasa berbuat kesalahan atas diriku dalam hubunganku kepadaMu,

engkau sentiasa mencurahkan nikmatMu kepadaku sementara

Engkau tidak memerlukanku, dan aku sentiasa mencari murkaMu

dengan melakukan maksiat sementara aku sangat memerlukanMu,

akan tetapi dengan dasar keyakinan kepadaMu telah membawaku

untuk memberanikan diri kepadaMu (yakni berdoa dan bermohon),

maka kembalilah dan kurniakanlah aku dari anugerahMu dan ehsanMu,

terimalah taubatku, sesungguhnya engkau adalah Maha menerima taubat

lagi Maha penyayang…

Amin, ya robbal aa'lamin...

-Petikan email-

^^Happy Holiday^^

Selamat bercuti buat semua pendidik & yang dididik....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuesday, May 19, 2009

^^Apa alasan kita tidak solat??^^

Kalau tiada kesedaran mengenai kewajipan solat bagi Islam, macam-macam alasan boleh diberi.

Tak sempatlah, karang aku solat tak siap pula kerja aku (pentingkan fardhu kifayah dari fardhu ain)

Takde tempat bersih

Terperangkap dalam jem ni - kalau solat mesti sampai rumah pukul 9 malam...

seluar kotor la (dah tau kotor apasal pakai?)...

Kalau solat, tak sempat pasal kena pakai mekap lagi..(sapa suruh mekap tebal-tebal?)

dan beribu alasan yang boleh diberi kepada sesama manusia. Tapi apakah Allah akan menerima alasan kita nanti? Bolehkah kita menjawabnya dengan ular besar di alam kubur?

Peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai juga. Masing-masing kena ingat lah ok.


-Dipetik dari emeil-

Lihat gambar di bawah ni terasa berdosanya aku meremehkan suruhan Allah..


Monday, May 18, 2009

^^Kad Ucapan Khas Untuk Tok Pitah^^

Teristimewa buat Bonda & Nenda HAFITAH BINTI HAJI MUHAMMAD :


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

^^Selamat Hari Lahir Tok Pitah^^

Assalamualaikum buat semua....

Tok Pitah panggilan manja adik hanif & kakak nuha untuk tok naka...
17 Mei 2009 merupakan ulangtahun kelahiran Tok Pitah yang ke 56...
Adik Hanif, Kakak Nuha, Mama & Baba doakan moga Tok Pitah sihat, dipanjangkan umur & & dimurahkan rezeki & sentiasa di bawah Rahmat & Perlindungan Yang Maha Esa...
Tika ini Tok Pitah diserang virus chikungunya & alhamdulillah semakin beransur pulih... kami tidak putus2 mendoakan semoga Tok Pitah cepat sembuh...
Kami semua SAYANG Tok Pitah....

Tiada Bonda SETABAH Mak Fitah... Tiada Nenda SEHEBAT Tok Pitah di mata kami...

"Guru Oh Guru"

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).

^^Selamat Hari Guru^^


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Selamat Hari Guru buat semua...semoga segala amalan kita diterima olehNya"

Saturday, May 9, 2009

^^ Insafi & hayatilah ^^

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak

Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak



Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak


Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak


Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak



Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak



Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

^^ Mama....selamat Hari Ibu^^


Dozen Roses Love Note

.... kakak nuha & adik hanif sayang mama...
Terima Kasih mama...

^^ Birthday Mama & Adik Hanif dan... ^^

Salam ukhuwah fillah..

Ulangtahun kelahiran sebulan yang lalu... tak sempat nak mengupdate...
Apa2pun... kakak nuha, adik hanif & baba nak ucapkan :
"selamat hari lahir untuk mama.. semoga panjang umur & murah rezeki yer mama"
pada : 19 April 2009

dan

kakak nuha, baba & mama nak ucapkan jugak untuk adik hanif
"Selamat Hari Jadi yang kedua... moga adik hanif akan menjadi hamba Allah yang taat pada perintahnya, Mutiara kesayangan Rasulallah, Anak & cucu yang soleh ... moga adik hanif sentiasa sihat, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki"
pada : 13 April 2009

Bulan April juga... banyak ulangtahun kelahiran keluarga tok wan kasim & Tok Fitah antaranya :
08 April - Mak Tam Ton
12 April - Mak Su Wafa
16 April - Abang Long Faiz Hakimi
23 April - Adik Aufa

Ok... minta diri dulu yer... maa'ssalamah wailalliqa'...

^^ Update semula ^^

Salam sejahtera buat semua...
Dah lama blog ni tak diupdate... dah bersawang pun...
meh la nak cuci sawang2 nya sementara mak ndak free ni...
Baba & mama memang tak sempat nak cuci sawang ni... meh mak ndak jadi bibik yer...hehe...
Jangan lupa bayar upahnya bila mak ndak balik kampung cuti sekolah ni tau...hihi...

Ok... selamat melayari blog nuhanif....

Tuesday, April 14, 2009

^^Al-Fatihah^^

Salam perjuangan untuk semua....

Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk :

Bapa saudara (sebelah ibu) kami Arwah Abdul Rahman bin Haji Muhammad yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang barakah, bertarikh 10 April 2009 bersamaan 14 Rabiulakhir 1430h...


dan

Jiran sekampung kami juga yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi... Arwah Tok Lebai Mat...

AL-FATIHAH.... semoga roh2 mereka ditempatkan bersama2 para anbia', syuhada & solihin...

Bagi kita yang masih dipanjangkan usia ini, sama2lah kita memanfaatkan saki baki usia kita yang kita juga tidak menhetahui bilakah ianya akan berakhir... hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

"Jadikanlah dirimu mutiara kesayangan Rasulallah"

Friday, April 3, 2009

^^ Rumah yang bakal siap ^^

Untuk makluman,
Projek bermula pada akhir tahun 2008.. insyaAllah bakal siap menjelang Ogos 2009..
"wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin"




^^ Alhamdulillah ..TAHNIAH !!! ^^

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah .. bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanNya...
01 April 2009 bersamaan 5 Rabiulakhir 1430h (Rabu) ...
Lahirlah seorang puteri buat pasangan Mohd Fikri & Hafiza...
dan telah diberi nama NURUL AIN FARHANA bt MOHD FIKRI...
seberat 3.4kg... selamat dilahirkan pada jam 9.30mlm...
bertempat di Klinik Mahsuri...


Semoga Nurul Ain Farhana akan menjadi anak solehah & mutiara kesayangan Rasulallah serta mujihidah dalam menegakkan Ad-Din tercinta...

TAHNIAH buat Pak Lang fikri & Mak Lang Fiza...

Monday, March 16, 2009

:: Selamat Pengantin Baru Maksu Intan & Paksu Alias ::

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

MAKSU INTAN
&
PAKSU ALIAS

09 MAC 2009 (JITRA)
14 MAC 2009 (CHANGLON)











"SEMOGA KALIAN BAHAGIA HINGGA AKHIRNYA"